5 pekara asas sebelum mula perniagaan “online”



Perniagaan secara atas talian atau “online” adalah satu perniagaan yang sangat mudah dan tidak memerlukan banyak pekara untuk bermula. Tetapi kita perlu ambil kira juga tentang produk yang kita ingin niagakan secara atas talian.

Ada yang menjual produk seperti pakaian, kasut, jam dan sebagainya. Ada yang menawarkan perkhidmatan seperti pereka grafik, fotographer dan juga pereka lawan web.

Jadi, mana satu yang ingin ada pilih sebagai perniagaan atas talian anda?

Sebelum itu biar saya beritahu tentang pekara asas yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan “online” ini.

Smart phone.

Ini sebenarnya adalah benda paling asas sekali yang anda perlukan sebelum memulakan perniagaan. Hal ini kerana segala urusan jual beli secara online hampir 99% menggunakan smart phone.

Sekiranya anda memiliki satu smartphone, anda perlu bijak untuk membezakan text urus niaga anda bersama pelanggan dengan urusan peribadi. Saya cadangkan agar anda menyediakan satu smartphone yang biasa hanya untuk urusan perniagaan online. Ini akan memudahkan anda dalam banyak pekara.

Platform / kedai “online”

Pekara kedua ialah platform atau kedai online anda. Dimanakah anda ingin mejual produk anda? Adakah melalui facebook, instagram atau website “e-commerce” anda sendiri. Jadi anda perlu tahu dimanakan platform yang anda gunakan untuk meniaga secara “online”

Platform yang kebanyakan peniaga online gunakan adalah facebook dan juga instagram.

Produk

Anda perlu tahu apakah produk yang ingin anda niagakan. Sama ada produk kecantikan, kesihatan, pakaian atau produk digital. Sebagai permulaan, anda boleh menjadi dropship daripada peniaga-peniaga yang sememangnya sudah lama bertapak dalam perniagaan online ini.

Atau sekiranya anda memilik perniagaan dan ingin pasarkan secara online, anda boleh ambil gambar produk, letakan senarai harga yang mudah untuk pelanggan anda lihat.

Akaun bank

Sebagai permulaan, anda boleh gunakan akaun bank anda sendiri untuk sebarang urusan pembayaran. Tetapi anda perlu tahu berapa jumlah wang peribadi dan berapa jumlah wang perniagaan. Untuk memudahkan anda, anda boleh tetapkan satu akaun bank yang jarang anda gunakan sebagai akaun untuk urusan pembayaran dari pelanggan.

Pastikan anda rekod setiap duit yang anda terima. Ini adalah untuk anda mengesan aliran wang keluar masuk dari akaun anda. Sekiranya anda tidak berbuat demikian, anda mungkin tidak akan dapat lihat sebarang keuntungan yang masuk dari perniagaan anda.

Pemasaran (marketing)

Dalam perniagaan online, cara kita buat marketing adalah sangat penting. Lebih banyak anda buat lebih banyak anda dapat. Hal ini kerana pelanggan yang berpotensi tidak tahu apa yang anda jual sekiranya anda tidak memberi tahu mereka.

Anda boleh bermula dari laman sosial anda seperti facebook, wechat, instagram dan juga whatsapp. Beritahu rakan-rakan anda tentang perniagaan online yang anda lakukan.

Jadi ini adalah pekara asas sekiranya anda ingin memulakan perniagaan secara online.